Sunday, March 6, 2011

PENDAHULUAN


       Assalamualaikum w.b.t. saya Intan Nadia Binti Othman dari Program BM223 Group BMB2Bc telah menjayakan assignment CTU 551. Bagi menjayakan tugasan ini saya telah memilih tajuk tokoh iaitu seorang ustazah fardu ain. Bagi tugasan ini saya telah memilih jiran kawasan rumah saya untuk di temubual. Sebelum menjalankan temubual saya telah pergi ke rumah beliau untuk membuat temujanji bagi  memudahkan sesi temubual saya. Hal demikian kerana saya tidak  mahu mengganggu aktiviti beliau sekiranya tidak membuat temujanji terlebih dahulu. Pada awalnya saya telah pergi ke rumah beliau seorang diri kerana hanya ingin membuat temujanji. lagi pula beliau merupakan salah seorang dari kawan saya walaupun perbezaan umur 3 tahun. Pada petang itu saya pergi hanya sekadar untuk membuat temujanji tetapi beliau mempunyai  masa lapang dan membenarkan saya menjalankan temubual terhadap beliau sekiranya saya ingin menemubual pada waktu itu. Tetapi oleh kerana sudah agak lewat dan saya keseorangan saya bimbang untuk pulang seorang diri pada petang itu. Jadi saya telah memohon maaf dan menetapkan keesokan hari untuk menjalani temubual tersebut. Beliau bersetuju dengan cadangan saya itu. Pada keesokan harinya saya telah mengajak ibu saya untuk menemani saya  pergi ke rumah beliau dan Alhamdulillah temubual saya dan beliau berjalan lancar.

PENGHARGAAN

     Assalamualaikum W.B.T. Pertamanya saya Intan Nadia Binti Otman ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana dan limpah izin dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kali ini dengan jayanya. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Nur Farahana Binti Anuar kerana memberi sepenuh komitment semasa saya menjalankan sesi interview. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Hajrin kerana sudi memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada saya dan kawan-kawan, kepada ibu saya yang sudi meluangkan masa menemani saya semasa melakukan interview dan tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sudi memberi  tunjuk ajar dan berkongsi idea. Sesungguhnya kebaikan dan kerjasama kalian dibalas dengan seribu kebaikan dari allah s.w.t. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TOKOH


       Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan melor,Melor 16400 Kota Bharu Kelantan, bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Selepas itu beliau menyambung persekolahannya  di sekolah Menengah Agama Arab Azhariah Melor,Melor 16400 Kota Bharu Kelantan.  Bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 kerana minatnya yang mendalam dalam bidang-bidang keagamaan. Setelah tamat SPM(Sijil Pelajaran Malaysia ), beliau menyambung pelajaran  dalam program STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia)di sekolah yang sama. Setelah menamatkan program STAM beliau bekerja sambilan di pusat iqra’ sementara menunggu result. Dalam pada masa  yang sama beliau mencuba nasib dengan memohon pekerjaan sebagai ustazah dengan Pejabat Pelajaran Daerah.

SEBAB-SEBAB MEMILIH JAWATAN


      Antara sebab-sebab beliau menjawat jawatan ini ialah minat. Beliau amat berminat dalam ilmu keagamaan dan ingin berkongsi ilmu yang sedia ada pada dirinya dengan orang lain.minat ini timbul dalam dirinya semasa beliau mengikuti kelas fardu ain semasa berada di sekolah rendah lagi. Oleh kerana amat berminat beliau telah menyatakan hasrat kepada ibu bapa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah agama semasa tingkatan 1. Ibu bapa beliau mengizinkan tanpa banyak soal kerana membiarkan anak-anak mereka sendiri membuat keputusan untuk menceburi diri dalam bidang yang mereka minati.walaupun sekolah agama agak jauh jaraknya dari rumah beliau tetapi beliau telah mengambil alternative sendiri untuk berulang alik ke sekolah. Selain itu, peluang yang ada. Peluang dan semangat yang di berikan oleh keluarganya mendorong beliau menerima jawatan ini dengan hati yang terbuka.walaupun pada  masa beliau telah menjawat jawatan tersebut beliau belum  mendapat result STAM, tetapi tidak mencuba meminta untuk menyambung pelajaran sebaliknya meneruskan jawatan beliau sebagai guru fardu ain kerana beliau beranggap jawatan ini sudah sesuai dan beliau amat berminat. Lagi pula tempat beliau mengajar tidak jauh dari rumah beliau sendiri. Seterusnya, sebagai punca rezeki. Baginya walaupun hasilnya tidak selumayan yang di jangkakan tetapi beliau tetap bersyukur kerana boleh menampung perbelanjaan hidupnya diusia muda ini bersama keluarganya. Beliau berkata soal pendapatan itu no 2 baginya kerana sudah mendapat pekerjaan ini sudah amat bermakna dan beliau amat bersyukur. Sekurang-kurangnya beliau tidak perlu menganggur dan menunggu peluang lain yang belum tentu tiba. Beliau juga berkata, sedikit sebanyak teringin juga ingin menyambung pelajaran apabila kebanyakan kawan-kawan beliau menyambung pelajaran tetapi beliau menangguhkan dahulu kerana beliau selesa dengan jawatan yang beliau pegang sekarang.  Dan akhir sekali beliau menjawat jawatan ini kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman iaitu pengalaman dalam menghadapi kerenah pelajar, pengalaman mendidik dan banyak lagi. 
Beliau juga pernah berkata pada sewaktu dahulu beliau ingin sangat menjadi seperti ustazah beliau yang mengajarnya semasa di sekolah rendah. Ingin merasai bagaimana menjadi seorang pendidik. Beliau juga berminat dengan kata-kata dari guru beliau”lagi banyak kita berkongsi ilmu lagi banyak kita akan memerima ilmu”.

LATAR BELAKANG TOKOH


Beliau diberi nama Nur farahana binti anuar. Berasal dari kampung Pelunggul Melor,16400 Kota Bharu Kelantan.Beliau berumur 23 tahun, beliau telah menjawat jawatan sebagai guru(ustazah fardu ain) di Sekolah Kebangsaan Tegayong,Melor 16400 Kota Bharu Kelantan pada usia yang masih muda iaitu pada tahun 2009, semasa beliau berumur 21 tahun. Sehingga tempoh ini beliau telah menjawat jawatan ini selama 2 tahun. Beliau telah mengorak langkah ke arah bidang ini setelah tamatnya pengajian STAM di Sekolah Menengah Agama Azhariah,Melor 16400 Kota Bharu,Kelantan. Selepas tamatnya program STAM beliau bekerja sambilan di pusat iqra’ iaitu mengajar kanak2 yang berumur lingkungan 4-11 tahun dalam membaca buku iqra’.Dalam pada masa yang sama beliau telah mencuba nasib dengan memohon untuk menjadi guru(ustazah fardu ain) di sekolah rendah yang melibatkan pelajar darjah 1-5 dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Setelah beberapa tempoh memohon jawatan tersebut beliau telah diterima untuk mengisi  jawatan tersebut.Pada permulaan kerja beliau dikehendaki menjalani kursus sambil bekerja. Beliau akan menjalani kursus di Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap hari rabu dan khamis selama beberapa minggu. Walaupun telah diterima bekerja di sekolah tetapi khidmat beliau masih diperlukan di pusat iqra’. Oleh itu, sementara mencari pengganti beliau terpaksa memegang dua tugas iaitu mengajar di sekolah dan pusat iqra’. Slot fardu ain di sekolah bermula pada jam 1.30 p.m-3.30 p.m. dan seterusnya mengajar di pusat iqra’ pada jam 4.30 p.m-6.30 p.m.
saya bersama Ustazah Nur Farahana